(http://cur.cursors-4u.net/food/foo-2/foo137.cur) aku tetap aku

Isnin, 20 Jun 2011

plolog....kenangan terindah dlm hidup ini...



Labbaikallah hummalabbaik
( kami sahut panggilan-Mu , ya ALLAH ! )

Labbaikala syarikalabbaik
( Kami sahut tidak ada sekutu bagi-MU ya ALLAH ! Kami sahut )

inanalhamdah wani 'matah lakawal mulk
(Segala pujian , nikmat & kerajaan adalah kepunyaan-MU ya ALLAH )

Lasyarikalak
( Tidak ada sekutu bagi-MU )


Air mata kesyukuran mula menitis di pipi apabila Kaabah @ Baitullah itu benar2 berada di hadapanku...
sungguh merasa takjub di atas kebesaran & rahmat ALLAH yg amat luas...rasa kesyukuran aku panjatkan kerana ALLAH telah memilih aku menjadi tetamu-NYA...terasa betapa kerdilnya diri ini diketika itu....
aku memandang sekeliling..rasa takjubku semakin menerjah jiwa kerana Baitullah tidak pernah lengang dgn manusia yg bertawaf & melakukan pelbagai kegiatan ibadat tanpa mengira waktu siang @ mlm...disekelilingku , bagaikan lautan manusia dgn warna kulit , bahasa & budaya yg berbeza dari seluruh pelosok dunia berada di situ di atas satu tauhid iaitu meng-esa-kan ALLAH...
Di hadapan kaabah , aku berdoa , " YA ALLAH , ampunilah dosa kedua ibu bapaku , suamiku , anak2ku , aku & keluargaku..lindungilah kami dari azab neraka..masukkan kami ke dlm syurga-MU  , " sesungguhnya bukan mudah utk memasuki syurga ALLAH...air mata keinsafan menjunam di pipi ku..sesungguhnya aku tidak layak utk masuk ke dlm syurga & aku juga tidak sanggup utk ke neraka ALLAH....sesungguhnya azab ALLAH amat pedih seperti yg digambarkan dlm al-Quran & hadis...
sebenarnya aku amat2 berterima kasih sangat2 kpd abang aku omar abu bakar kerana telah menanggung kos aku ke sana...begitu juga dgn kakak iparku hamimah nordin...aku pergi mmg bawa badan je..alhamdulilah mmg benar2 rezeki aku...aminn...tapi bukan abang aku support aku seorg je...aku pergi dgn mak , abang aku lagi seorang yazid , abang aku sekeluarga 7 beranak & adik iparnya kak mas..rombongan kami seramai 11 org...aku pergi tahun 2008 pada bulan mei...utk mengerjakan umrah...dikesempatan itu juga kami mengambil peluang menziarahi kubur allahyarham abahku...tetapi yang sedihnya kaum wanita tidak dibenarkan masuk ke tanah perkuburan di sana...haram bagi mereka...jadi kami membaca surah YASSIN cuma di luar kawasan perkuburan..semasa aku berada di sana aku dpt rasakan abah aku sentiasa berada di sisi aku & kami sekeluarga mengalami dua peristiwa yg kami rasakan abah ada bersama2 kami...ustaz yg mengiringi kami pun melaluinya..
abah...aku merindukanmu...segala pengorbanan abah mmg tidak akan terbalas sampai bila2..hanya ALLAH yang mampu membalasnya....bila dengar lagu yg mawi nyanyikan nie...mmg menusuk kalbuku...aah..kalaulah boleh diputar balik kehidupan ini...!!!?????...


kenanganku di MEKAH




.famili abg sulongku

Ahad, 19 Jun 2011

berkongsi ilmu....petua dalam mendidik anak....

di sini..nak berkongsi ilmu dalam mendidik anak2....bukanlah nak kata diri ini pandai sangat...kerana ilmu yang ku perolehi nie...rasa2nya memang terbaik untuk kita amalkan....aku perolehi artikel ini dari sumber novel islamik..novel ini adalah pemberian dari anakku tersayang noranisa afiqah..sempena ulangtahunku tahun 2010..thanks kakak...byk ilmu yg ibu perolehi dari novel ini...novel ini berjudul BILA SALAM BERSAMBUT hasil nukilan HASIF ASYRAF..tak rugi kalau kita memilikinya....
pertama...amalkan membaca " YA LATIF " sebanyak 7 kali & hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang @ hendak tidur...
kedua...untuk membantu anak mudah belajar & menelaah pelajaraan...baca zikir " YA LATIF " sebyk 129 kali..." SURAH AS-SYURA " AYAT 19 yg bermaksud : [ALLAH ITU LEMAH LEMBUT KPD HAMBA2-NYA ; DIA MENGURNIAKAN KPD SIAPA YG DIKEHENDAKI,PADAHAL,DIA-LAH YANG KUAT,YANG GAGAH, ;sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air utk minuman & masakan seisi keluarga...
ketiga...ketika memasak,sentiasa basahkan lidah & bacalah doa SURAH AL-IMRAN AYAT 200 yg bermaksud : "HAI ORANG2 YANG BERIMAN ! SABARLAH & LAWANLAH SABAR , DAN BERSEDIALAH & BERBAKTILAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU MENDAPAT KEJAYAAN...
keempat...perbanyakkan zikir...YA-HAYYU , YA-QAYYUM , YA-LATIF & YA-RAHMAN berulang2 kerana itu adalah doa pelembut hati...
kelima...sentiasa amalkan membaca SURAH TOHA AYAT 1-8 , SURAH AR-RAHMAN  AYAT 1-4 & SURAH AL-INSYIRAH...dlm aktiviti lain seperti menemani anak mengulangkaji & membaca al-Quran...
keenam...setiap ibu eloklah mengamalkan SURAH AL-IMRAN AYAT 38 , utk mendapatkan anak yang baik & soleh iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud ; WAHAI TUHAN-KU ! BERIKAN KPD KU DARI PIHAK-MU KETURUNAN YANG BAIK , KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU-LAH PENDENGAR DOA...
ketujuh...kita juga digalakkan menyentuh dgn lembut ubun2 anak dgn tangan kanan sambil membaca doa & menyatakan harapan.petua membaca doa & harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada emosi & tingkah laku...
AMINNN...

noranisa afiqah mohd rubani
noranisa aqilah mohd rubani
noranisa athirah mohd rubani
noranisa arifah mohd rubani



Sabtu, 4 Jun 2011

DEDIKASI



mak...hjh safiah baki - trima kasih krn telah mmbesarkanku sehingga dewasa.Allahyarham abahku yg telah kembali ke rahmatullah.Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya & di tempatkan di dlm golongan org yg beriman & beramal soleh...abahku meninggal semasa Allahyarham menunaikan haji pada tahun 2007...
suami tercinta...mohd rubani abd karim - semoga menjadi suami & anak yg soleh...
anak2ku tersayang...noranisa afiqah..noranisa aqilah..noranisa athirah..noranisa arifah.. - yang mewarnai bahtera keluarga..moga membesar dgn akhlak yg baik & bergantung kuat pada dahan agama & menjadi anak2 yg solehah..
adik beradikku...omar..zulkarnain hassan..juga utk sepupu2ku yg mak pelihara dari kecik & dah ku anggap seperti adik beradikku sendiri...- fatimah harun...musa..norizal yusof..noraziela yusof - moga jalinan kasih sayang antara kita terjalin kukuh..
saudara mara semoga ukhuwwah kita akan berpanjangan..
kawan2 & semua yg mengenali diri ini,maafkanlah jika ada sesuatu yg tidak menyenangkan hati.Sesungguhnya kita ini insan yang lemah & tidak sunyi melakukan kesilapan..
cikgu2..ustaz..ustazah.. - terima kasih atas ilmu yang diberikan...
SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH & DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN & BERAMAL SOLEH..AMINNN....